Friday 7 September 2012

Program Marhaban PPKI (BP) 2012

Program Marhaban PPKI (BP) telah dilaksanakan selama 4 hari iaitu dari 4 - 7 Sept 2012. Program berjalan dengan lancar dimana pihak PPKI (BP) SKTR2 juga telah menyediakan sedikit cenderamata kenang-kenangan untuk pihak tuan rumah. Sumbangan/derma juga telah diberikan kepada adik Harith bagi sakit yang dihidapinya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Pihak PPKI (BP) SKTR2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.


Sekian, terima kasih.