Berita Terkini

Sunday 30 November 2014

Makluman Murid Tahun 6 2015 : Latihan Cuti Sekolah

Bermula 30 November 2014 hingga 14 Disember 2014, sila siapkan latihan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Jawapan hendaklah diemailkan kepada guru berkenaan :

BM : 6P/6S - En Abdullah ( abechik_aj@yahoo.com )
       : 6W - Pn Hajah Fazilah ( anithsmom@yahoo.com )
BI   : 6P - Pn Sarala ( saralabalachandran1506@gmail.com )
       : 6W - Pn Noraini ( noraini_yasin@yahoo.com )
       : 6S - Pn Khalijah ( khalijahyusof@gmail.com )
MT : 6P/6S - Pn Salmi ( salmimusa97@gmail.com )
       : 6W - Pn Zainoremi ( emy_stats@yahoo.com.my )
SN  : 6P/6W - Tn Syed Ibrahim ( syedibrahimaljufri@yahoo.com )
       : 6S - En Mohamed Fadzil ( fadzil_selamat@yahoo.com )

Latihan berikutnya akan dimasukkan pada 15 Disember 2014.

Sekian, terima kasih.
____________________________________________________________________________

Latihan Murid Tahun 6
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains


Tuesday 11 November 2014

Makluman : Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Tahun 2014

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum bagi tahun 2014 pada ketetapan berikut :

Tarikh  : 13 November 2014
Masa    : Tahap 1 (8.00am - 9.30am)
             : Tahap 2 (10.30am - 12.00pm)
Tempat : Dewan Sri Bayu, SKTR2

Ibu bapa digalakkan hadir bagi memeriahkan majlis.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 6 August 2014

Makluman : Dialog Kecemerlangan UPSR 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Majlis tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 8.00pg - 10.30pg
Tempat : Bilik Darjah masing-masing
Objektif : Perbincangan ibubapa bersama guru matapelajaran

Sila muatturun surat pada lampiran di bawah untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.
_____________________________________________________

Sunday 13 July 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014

Peperiksaan UPSR pada tahun ini telah ditetapkan pada 9 hingga 11 September 2014.

Untuk makluman calon, ibu bapa dan guru-guru, jadual peperiksaan UPSR telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk lampiran bagi jadual waktu tersebut untuk panduan calon sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan.



Tuesday 8 July 2014

Makluman Senarai ID Yes 1Bestarinet Murid-Murid

Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga murid SK Taman Rinting 2.

Berikut dilampirkan senarai ID Yes 1Bestarinet murid-murid SKTR2 untuk rujukan pihak murid dan ibu bapa penjaga.

Log In Frog boleh dilakukan di laman http://jba1080.1bestarinet.net/ dengan memasukkan ID dan Password murid. Bagi yang masih tidak tahu atau lupa katalaluan, boleh hubungi pihak sekolah secara emel sahaja (U.P : Unit ICT) atau rujuk guru kelas masing-masing untuk mendapatkan katalaluan murid.


_________________________________________________________________________________

Tuesday 17 June 2014

Peringatan Tentang Keselamatan Pelajar Pergi Dan Balik Sekolah

Pihak pentadbiran SKK SK Taman Rinting 2 amat menitikberatkan aspek keselamatan murid-murid apabila berada di sekolah.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu :

1. Jalan Keruing 10 (hadapan sekolah) adalah jalan sehala bagi waktu yang telah ditetapkan iaitu dari jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 12.30 tgh hari hingga 1.30 petang. Tuan/puan dilarang membuat pusingan 'U' atau menyongsang arus bagi menjamin keselamatan anak tuan/puan.

Hari Dialog Prestasi (Hari Terbuka) Tahun 2014

Dimaklumkan bahawa pentadbiran SKK SK Taman Rinting 2 akan mengadakan Hari Dialog Prestasi 2014 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2014
Hari    : Sabtu
Masa  : 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Bilik Darjah
Pakaian : Uniform Sekolah

Sunday 15 June 2014

Thursday 29 May 2014

Lawatan Penanda Aras SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru

Sekolah telah menerima lawatan penandaaras dari SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru.


Sunday 25 May 2014

Makluman : Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2014

Untuk pengetahuan pihak ibu/bapa/penjaga murid SK Taman Rinting 2, dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 27 Mei 2014 (Jumaat) hingga 14 Jun 2014 (Sabtu).
Sekolah akan dibuka semula pada 15 Jun 2014 (Ahad).


Thursday 15 May 2014

Makluman : Perlaksanaan Ujian Permata Pintar UKM1

Untuk Perhatian :

Ibu Bapa Penjaga Murid,
SKK SK Taman Rinting 2,
Pasir Gudang, Johor.

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia sedang melaksanakan ujian saringan PERMATA Pintar UKM1 mulai 01 Februari 2014 hingga 31 Mei 2014.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan diharapkan untuk menggalakkan anak-anak tuan mengambil bahagian dalam program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah.
Sekian, terima kasih.

Friday 18 April 2014

Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar (Bai'ah) Tahun 2013

SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang telah mendapat Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar Bagi Tahun 2013 dan ini merupakan Anugerah untuk kali keempat berturut-turut.

Pihak SKTR2 mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menaikkan kecemerlangan sekolah ini.

Tuesday 8 April 2014

Makluman : Sekolah Ganti Sempena Cuti Hari Deepavali Tahun 2014

Untuk makluman pihak tuan, Cuti Hari Deepavali bagi tahun 2014 ialah pada 22 Oktober 2014. Mengikut pindaan lampiran Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 24 Tahun 2013, murid-murid akan bersekolah ganti seperti ketetapan berikut :


Sila muat turun surat dibawah untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.

Wednesday 19 March 2014

Makluman : Cuti Persekolahan Pertengahan Penggal Pertama

Untuk pengetahuan pihak ibu/bapa/penjaga murid SK Taman Rinting 2, dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 21 Mac 2014 (Jumaat) hingga 29 Mac 2014 (Sabtu). Sekolah akan dibuka semula pada 30 Mac 2014 (Ahad).



Tuesday 18 March 2014

Lawatan Penanda Aras Siswa Guru IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Siswa guru PISMP BM dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah datang membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini pada 18 Mac 2014, Selasa. Seramai 25 orang siswa guru dan seorang pensyarah terlibat dalam lawatan ini.



Sunday 2 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 18

Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung di Dewan Sri Bayu, SKK SKTR2 pada 1 Mac 2014.


Wednesday 19 February 2014

Lawatan 'Benchmarking' Siswa Guru PISMP TESL IPGKTI

Lawatan 'Benchmarking' oleh Pensyarah dan Siswa Guru PISMP TESL dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru sempena Program Bina Insan Guru Fasa 5/2014.


Tuesday 18 February 2014

Pra Pemantauan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2014 Oleh KPM & JPNJ

Pra Pemantauan untuk Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2014 telah berlangsung dan. Pra Pemantauan ini dilaksanakan oleh pihak KPM & JPNJ.




Tuesday 14 January 2014

Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013

Tarikh : 13 Januari 2014
Masa  : 11.00 pagi
Tempat : SK Ijok, Bestari Jaya, Selangor

Disempurnakan Oleh : YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh ( Menteri Pendidikan II )



Anugerah terbahagi kepada 3 kategori.


SK Taman Rinting 2 telah mendapat tempat dalam Kategori 1.


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan!

Wednesday 1 January 2014

Pendaftaran Tahun 1 2014



Welcome Back To School


Selamat Kembali Ke SKK SK Taman Rinting 2.
Semoga tahun baru 2014 ini akan menjadikan anak-anak kita lebih cemerlang dan terbilang.