Berita Terkini

Sunday 30 December 2012

Hari Pendaftaran & Taklimat Ibu bapaTahun 1 2013

Pada 29 Dis 2012, Hari Pendaftaran & Taklimat Ibu bapaTahun 1 2013 telah berlangsung dengan lancarnya. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam majlis ini.

Monday 19 November 2012

Keputusan Penuh UPSR SKTR2 2012

PERATUS KELULUSAN MENGIKUT SUBJEK :

- BM Kefahaman : 98.8%
- BM Penulisan : 96.39%
- B. Inggeris : 92.77%
- Matematik : 97.59%
- Sains : 91.57%

PERATUS KELULUSAN KESELURUHAN : 89.2%

GRED PURATA SEKOLAH : 1.67

JUMLAH CALON MENDAPAT 5A : 25 orang

SKTR 2 menduduki TEMPAT PERTAMA Daerah Pasir Gudang dan TEMPAT KETIGA Pencapaian Kecemerlangan Sekolah Kategori Bilangan Calon 81-120 SK Negeri Johor.





TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada seluruh warga SKTR2 dan juga pihak ibu bapa yang sentiasa menyokong dalam pencapaian cemerlang anak-anak kita.





Sekian, terima kasih.

Friday 9 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang & Majlis Graduasi UPSR 2012

Majlis Anugerah Cemerlang dilaksanakan bagi memberikan penghargaan kepada murid-murid cemerlang tahun ini. Majlis berlangsung dengan lancar.

Majlis graduasi UPSR bagi murid-murid tahun 6 juga dilaksanakan memandangkan hari ini merupakan hari terakhir mereka di sekolah ini. Tahniah diucapkan.

Thursday 8 November 2012

Road Safety Programme

Dengan kerjasama MMHE & Petro Sains, program ini dijalankan di Dewan SKTR2. Program berjalan dengan lancar dimana pelbagai aktiviti dijalankan. Pihak MMHE & Petro Sains juga menyediakan hadiah & cenderahati. Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat.

Tuesday 30 October 2012

Majlis Anugerah Cemerlang Pusat Sumber 2012

Majlis Anugerah Cemerlang Pusat Sumber Sekolah Tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis perasmian dan penutupan Program Kem Membaca 1 Malaysia dan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah juga dilaksanakan sekali. Majlis yang dimulakan awal pagi tadi berjalan dengan lancar dimana selain penyampaian hadiah dilaksanakan, persembahan daripada murid-murid SKTR2 juga dipersembahkan. Antara persembahannya adalah nyanyian solo, choral speaking, tarian & sajak.

Tuesday 18 September 2012

Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun SR 2012

Untuk makluman, perkara diatas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, telah ditetapkan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun adalah seperti dibawah :

Tarikh : 16 hb - 19hb Oktober 2012

Jadual penuh peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Harap maklum.

Sumber : PPD Pasir Gudang

Tuesday 11 September 2012

Selamat Menduduki UPSR 2012

Bermulanya hari ini, 11 September 2012, murid-murid akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Doa pelbagai pihak mengiringi kalian. Aminn..


Friday 7 September 2012

Program Marhaban PPKI (BP) 2012

Program Marhaban PPKI (BP) telah dilaksanakan selama 4 hari iaitu dari 4 - 7 Sept 2012. Program berjalan dengan lancar dimana pihak PPKI (BP) SKTR2 juga telah menyediakan sedikit cenderamata kenang-kenangan untuk pihak tuan rumah. Sumbangan/derma juga telah diberikan kepada adik Harith bagi sakit yang dihidapinya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Pihak PPKI (BP) SKTR2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Monday 13 August 2012

Ujian Bulanan 2 2012

Ujian Bulanan 2 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :

Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3)

Masa
Hari
8.00 – 8.30
9.30 – 10.00
10.15 – 11.30
11.45 – 12.45
Isnin
B.Melayu 1
(Pemahaman)
REHAT
B.Melayu 2
(Penulisan)
Pend. Islam / Pend. Moral
Selasa
B.Inggeris 1

REHAT
B.Inggeris 2
Sains
Rabu
(7.40-8.20)
Matematik
(8.30-9.30)
B.Arab/ Tamil
REHAT




Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6)

Masa
Hari
7.40 – 8.30
8.40 – 9.55
10.00 – 10.30
10.45 – 11.45
11.45 – 12.45
Isnin
B.Melayu 1
(Pem)
B.Melayu 2
(Penulisan)
REHAT
(10.40-11.40)
Kajian Tempatan
Pend. Islam / Pend. Moral
Selasa
B.Inggeris 1

B.Inggeris 2

REHAT
(10.40-11.40)
B.Arab / Tamil
(11.45-1.00)
Sains
Rabu
(8.00-8.40)
Matematik
(8.50-9.50)
B.Arab/ Tamil
REHAT


Monday 30 July 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 30 Julai 2012
Hari : Isnin

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Bendera telah berlangsung dengan jayanya. Dirasmikan oleh Bonda Norlilawati. Satu gimik 'Serangan Jepun' dan pembinaan tugu negara telah dilakonkan oleh murid-murid tahun 5. Tahniah diucapkan.


Saturday 21 July 2012

Peperiksaan Percubaan Setara UPSR Tahun 2012

Peperiksaan Percubaan Setara UPSR tahun 2012 dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :


Bil
Peperiksaan
Tahun
Peperiksaan
Tarikh Akhir
Key-In Markah
(SAPS)
Mula
Akhir
1.
Peperiksaan Percubaan Setara UPSR 2012
Tahun 6
24 Julai 2012
26 Julai 2012
10 Ogos 2012


Semoga murid-murid memperoleh kecemerlangan. Aminn..

Friday 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Warga SK Taman Rinting 2 mengucapkan :

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak" 

kepada Umat Islam Seluruh Negara.

- Sabtu/21 Julai 2012 -

Thursday 12 July 2012

Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Oleh Jemaah Nazir

Seramai 5 orang nazir daripada Jemaah Nazir telah datang ke sekolah untuk pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Semoga SKTR2 berjaya mendapat Anugerah Kluster ini.

Terima Kasih.


Wednesday 11 July 2012

Pemantauan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Oleh Jemaah Nazir

Seramai 5 orang nazir daripada Jemaah Nazir telah datang ke sekolah untuk pemantauan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Semoga SKTR2 berjaya mendapat Anugerah SBT ini.

Terima Kasih.

Friday 22 June 2012

Program Selangkah Ke Puncak 2012

Untuk makluman,
Ibu bapa Tahun 6 dan murid Tahun 6,
SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang.

SKTR2 akan mengadakan Program Selangkah Ke Puncak 2012 khusus untuk ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 sekolah ini, sebagaimana ketetapan di bawah :

Tarikh : 30 Jun 2012 / Sabtu
Masa : 7.30 pg hingga 12.30 tgh hr
Tempat : Dewan Sri Bayu, SK Taman Rinting 2
Sasaran : Semua ibu bapa dan murid Tahun 6, SKTR2

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat siaran di bawah.

Sekian, terima kasih.

Thursday 21 June 2012

Penggunaan Laluan Masuk & Keluar Murid Melalui Pintu Pagar E (Baru)

Untuk makluman ibu/bapa/penjaga murid,
SK Taman Rinting 2.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2012, laluan masuk dan keluar murid adalah melalui pintu pagar E (baru).

Diharap ibu/bapa/penjaga murid dapat menurunkan dan mengambil anak di pintu pagar E manakala murid yang menaiki bas dan van melalui pintu pagar D. Murid yang berjalan kaki kekal melalui pintu pagar C (susur gajah).

Maklumat lanjut sila muat turun surat siaran dibawah.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 20 June 2012

Hari Terbuka SKTR2 Tahun 2012

Untuk makluman Ibu/Bapa/Penjaga Murid,
SK Taman Rinting 2,
Pasir Gudang, Johor.

Adalah dimaklumkan bahawa Hari Terbuka SK Taman Rinting 2 Tahun 2012 akan diadakan mengikut ketentuan berikut :


Maklumat lanjut sila rujuk Lampiran dibawah.

Friday 25 May 2012

Hari Terakhir Latihan Guru LPBS j-Qaf Pendidikan Khas - Cik Nani Suhaiza Binti Saidi Ahmad

Hari ini merupakan hari terakhir bagi seorang Guru LPBS j-Qaf Pendidikan Khas di sekolah ini iaitu Cik Nani Suhaiza Binti Saidi Ahmad. Sedikit majlis dan jamuan disediakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan yang diberikan. Beliau bukan sahaja terlibat dalam mengajar anak-anak istimewa, tetapi beliau banyak memberikan sumbangan dalam program sekolah dan juga persiapan sekolah dalam menghadapi Pencalonan SBT dan KLUSTER.

Pihak SKTR2 mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan sekiranya Cik Nani Suhaiza bakal ditempatkan di sekolah ini kelak.

Cuti Pertengahan Tahun 2012

Untuk Perhatian :

Ibu Bapa Penjaga Murid,
SK Taman Rinting 2,
Pasir Gudang.

Sekolah akan bercuti mulai 26hb Mei 2012 (Sabtu) hingga 10hb Jun 2012 (Ahad) dan dibuka semula pada 11hb Mei 2012. Walaubagaimanapun, murid tahun 6 akan mengikuti program yang dibuat. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat kerja rumah yang diberi oleh guru dan menjaga keselamatan mereka.

Sila rujuk lampiran dan muat turun untuk surat siaran.

" SELAMAT BERCUTI "


Wednesday 23 May 2012

Anugerah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang 2012

Tarikh : 22 Mei 2012
Tempat : SMKA Johor Bahru

Tahniah buat Bonda SKTR2 atas Anugerah Kepimpinan Aktif Kategori Guru Besar dan Tahniah untuk Anugerah Inovasi Berkumpulan, Pn Hajah Salmi Binti Musa dan Pn Norlilawati Binti Ya'akob.

Lawatan Bermodul Tahun 6 2012

Ibu bapa,
Murid Tahun 6, 2012.

Sukacita dimaklumkan bahawa unit tahun 6 pada tahun ini akan menganjurkan lawatan bermodul 2 hari 1 malam di Gunung Lambak, Kluang. Maklumat lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 - 29 Mei 2012
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Gunung Lambak, Kluang
Masa : 7.00 am (Isnin) - 1.30 pm (Selasa)
Bayaran : RM 50.00 seorang (bayaran bulan April)

Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahun 6 sebelum UPSR. Ia adalah bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dan memberikan ruang kepada murid-murid tahun 6 belajar di luar bilik darjah.

Lampiran surat siaran dan jadual tentatif program boleh di download pada link di bawah. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Tn Syed Ibrahim bin Syed Mustaffa di talian 012-7613958 atau En Ilham bin Ismail di talian 013-7170355.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 22 May 2012

Program Pembangunan Dan Pemantapan UPSR 2012

Untuk makluman pihak ibu bapa Tahun 6.

Muat turun lampiran untuk jadual program.

Friday 18 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Untuk Pengetahuan pihak tuan/puan/penjaga murid, pihak SKTR2 telah mengambil keputusan untuk meminda tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 yang sepatutnya bermula pada 8 Mei 2012 ke tarikh baru iaitu bermula pada 22 Mei 2012. Perubahan tarikh terpaksa dilakukan kerana untuk diselaraskan dengan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor.

2.      Bersama ini juga dilampirkan Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 untuk murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6.

3.      Murid-murid yang tidak hadir pada hari ujian dijalankan tidak dibenarkan untuk menduduki ujian/peperiksaan tersebut kecuali ada Surat Akuan Doktor.

4.      Diharap pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kejayaan dan kecemerlangan anak tuan/puan. Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Thursday 17 May 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh : 16 Mei 2012
Tempat : Dewan Sri Bayu, SKTR2

Sempena Hari Guru ini, sebuah majlis diadakan bagi meraikan guru-guru SKTR2. Aturcara majlis adalah seperti Persembahan Guru Berkumpulan, Penyampaian Hadiah dan Cenderamata, Pertukaran Hadiah dan juga Jamuan Makan. Dalam jamuan ini juga, pihak SKTR2 meraikan Perpisahan bekas Pembantu Am Pejabat iaitu Pn Hasimah Binti Ibrahim.

Tuesday 15 May 2012

Perutusan Hari Guru 2012

PERUTUSAN HARI GURU 2012
OLEH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA  


Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud


Klik Disini

Thursday 10 May 2012

Sukaneka Sempena Hari Guru 2012

Tarikh : 9 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dataran SKTR2

Sempena Hari Guru yang akan menyusul pada 16 Mei 2012 ini, pihak BKGK telah mengaturkan beberapa aktiviti bagi memeriahkan majlis tersebut.

Sukaneka adalah diantaranya dimana disertai juga oleh staf sokongan. Antara sukan yang dianjurkan adalah membawa bola menggunakan gelung, memasukkan air ke dalam botol menggunakan sudu, membaling gelung di dalam kon dan mengayam ketupat.

Gambar sepanjang sukaneka dijalankan.


Monday 7 May 2012

Guru Besar Baru - Pn Norlilawati Binti Mohamed

Salam..

Pihak SKTR2 mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru iaitu Pn Norlilawati Binti Mohamed dr SK Ulu Tiram ke sekolah ini. Diharap SKTR2 akan terus gemilang dibawah bimbingan Puan Guru Besar.

Sekian..

Friday 27 April 2012

Majlis Semarak Budi - Pn Mazara Mansor

Tarikh : 26 April 2012
Tempat : SKTR2 dan Swan Hotel, Sri Alam

Perhimpunan pagi ini disertakan dengan majlis perpisahan Guru Besar bersama murid manakala majlis bersama guru-guru dan staf diadakan pada waktu petang di Swan Hotel.

Warga SKTR2 mengucapkan :

"Selamat Maju Jaya, Semoga Terus Cemerlang"

Wednesday 25 April 2012

Perpindahan Guru Besar

Untuk makluman semua..

Guru Besar SKTR2 iaitu Pn Mazara Binti Mansor akan berpindah ke SK Salor, Kelantan. Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi  penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Guru Besar diatas jasa beliau dalam usaha meningkatkan kecemerlangan SKTR2 ke peringkat yang lebih baik.

Semoga Pn Mazara akan lebih berjaya ditempat baru.

Berikut merupakan sedikit gambar kenangan sepanjang beliau berada di sekolah ini.

Friday 20 April 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tarikh : 21 April 2012 / 29 Jamadil Awal 1433
Hari : Sabtu






















* Semua guru lelaki dikehendaki memakai baju melayu lengkap.
* Semua guru hendaklah memastikan kebersihan selepas majlis.
* Semua guru - rewang pada hari Jumaat bermula jam 2.30 petang.
* Menu yang perlu disediakan ialah sup tulang, nasi jagung, daging beriani dan pajeri.