Berita Terkini

Monday 26 August 2013

Bengkel Sains Skor A UPSR 2013

Anjuran bersama Kumpulan Perubatan Penawar dan SKK SK Taman Rinting 2.

Friday 23 August 2013

Majlis Sambutan Hari Raya & Majlis Kesyukuran SKK

Majlis Sambutan Hari Raya & Majlis Kesyukuran Pengiktirafan SKK diadakan di Dewan Sri Bayu, SKTR2. 


Thursday 1 August 2013

Pertandingan Fotografi Serlahkan Kreativiti

Perhatian kepada semua warga SKK SKTR2...

Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan satu pertandingan sempena Bulan Pusat Sumber 2013 iaitu "Pertandingan Fotografi Serlahkan Kreativiti", kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, sila rujuk iklan di bawah.

Terima Kasih..


Friday 26 July 2013

Makluman Sekolah Ganti 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian buat ibu bapa & murid-murid. Berdasarkan makluman daripada KPM, JPN & PPD sebelum ini, diingatkan sekali lagi bahawa TIADA sekolah ganti diadakan esok hari 27 Julai 2013.

Sekian, terima kasih.

Thursday 25 April 2013

Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar (Bai'ah) Tahun 2012

SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang telah mendapat Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar Bagi Tahun 2012 dan ini merupakan Anugerah untuk kali ketiga berturut-turut.

Pihak SKTR2 mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menaikkan kecemerlangan sekolah ini.



Tuesday 9 April 2013

Pengumuman Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 7 Tahun 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pengumuman Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 7 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 5 April 2013.

SK Taman Rinting 2 adalah antara 10 buah sekolah di negeri Johor yang telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 7.



Tuesday 12 March 2013

Ujian Bulanan 1 Tahun 2013

Mengikut surat siaran mengenai Ujian Bulanan/PKSR sebelum ini, Ujian Bulanan 1 berlangsung minggu ini mengikut jadual berikut :


Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

Tuesday 5 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 17

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 17 telah diadakan di Dewan Seri Bayu, SK Taman Rinting 2 pada 2 Mac 2013 yang lepas. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Hajah Fatimah Binti Ahmad, PPD Daerah Pasir Gudang dan En Rohaizad Bin Mohd Hanafiah sebagai Pemerhati.

Agenda mesyuarat telah berlangsung dengan lancar. Lantikan AJK baru juga telah dibina bagi Sesi 2013/2014. Ahli mesyuarat sebulat suara melantik En Sabaahul Ahmad Bin Alias sebagai YDP PIBG dan En Fadli Bin Abdullah sebagai Naib YDP PIBG yang baru. Senarai Organisasi PIBG yang lengkap akan disiarkan kemudian.

Monday 4 March 2013

Ujian Bulanan Dan PKSR (Pertengahan Dan Akhir Tahun) 2013

Perhatian kepada Ibu Bapa/Penjaga Murid,
SK Taman Rinting 2, Johor.

Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan 2 kali Ujian Bulanan (Ujian Bulanan 1 dan Ujian Bulanan 2) dan 2 kali PKSR (PKSR Pertengahan Tahun dan PKSR Akhir Tahun) untuk murid tahun 4, 5 dan 6.

Monday 25 February 2013

Makluman Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2013

Ibu Bapa/Penjaga Murid,
SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang,
Johor.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang digunakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbir secara terancang mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pelaksanaan ini WAJIB dilaksanakan bagi semua matapelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan / PLBS.


Thursday 21 February 2013

Majlis Perpisahan Pn Siti Abd Kadir, Pembantu Tadbir SKTR2


Hari ini, pihak pentadbir & staf sokongan SKTR2 telah mengadakan satu majlis perpisahan buat Pn Siti Binti Abd Kadir bagi meraikan kenaikan pangkat beliau ke N22 dan berpindah ke SK Seri Alam 2.

Satu jamuan kecil-kecilan diadakan dan sedikit cenderamata diberikan sebagai tanda kenang-kenangan buat beliau. Semoga beliau terus maju di tempat baru.

Wednesday 20 February 2013

Kem Bugar Minda 2013

Untuk makluman,
Ibu bapa Tahun 6,
SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang.

Merujuk kepada perkara di atas, SKTR2 akan mengadakan program tersebut khusus untuk murid-murid Tahun 6 sekolah ini. Surat telah diedarkan kepada semua murid.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Surat & Tentatif Program.
Sekian, terima kasih.

Thursday 7 February 2013

Menukar Papan Tanda Sekolah

Hari ini, kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menukar papan tanda sekolah yang lama kepada yang baru telah melaksanakan kerja-kerja tersebut. Terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Berikut merupakan gambar sepanjang kerja-kerja dilaksanakan.


Wednesday 6 February 2013

Keputusan Penilaian Anugerah Nilam Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang 2013

Penilaian Calon NILAM sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang telah dijalankan pada 5 Februari 2013 (Selasa). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, semua pegawai dan kakitangan PKG Daerah Pasir Gudang, Panel Penilai, AJK Pelaksana, sekolah-sekolah terlibat, guru-guru pengiring, calon-calon NILAM, dan semua individu yang turut menjayakannya.

Untuk makluman, SKTR2 telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Tahniah diucapkan kepada adik Harshini A/P Mohan.

Monday 21 January 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013

Satu  Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 telah dijalankan di dewan SKTR2. Majlis disempurnakan oleh Datuk M.M Samy (ADUN PERMAS). 


Thursday 17 January 2013

Pemantauan Anugerah Tawaran Baru Bai'ah 2012

Pemantauan telah dijalankan oleh 3 orang nazir. Semua kriteria yang diperlukan telah disediakan oleh guru-guru & staf SKTR2 dengan jayanya.

Semoga SKTR2 memperoleh kejayaan.

Tuesday 15 January 2013

Koko Krunch!

Hari ini merupakan rezeki buat warga SKTR2 kerana pihak Koko Krunch telah berbesar hati untuk memberi koko krunch percuma untuk setiap warga SKTR2.

Terima kasih diucapkan.