Thursday 6 August 2020

Cuti Awal Muharram, Cuti Sekolah Pertengahan Penggal Kedua dan Cuti Hari Kemerdekaan Malaysia



Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti berdasarkan ketetapan jadual di bawah :
Surat siaran boleh dimuatturun pada lampiran di bawah.
Sekian, terima kasih.

Monday 27 July 2020

Cuti Sempena Hari Raya Aidiladha


Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti berdasarkan jadual di bawah :



Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memastikan anak-anak tuan dapat hadir semula ke sekolah seperti biasa mengikut tarikh yang ditetapkan. Surat siaran boleh dimuatturun pada pautan di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sunday 28 June 2020

Makluman Pembukaan Semula Prasekolah

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, kelas Prasekolah SKTR2 akan dibuka semula pada 1 Julai 2020. Masa persekolahan adalah seperti biasa iaitu hadir sebelum jam 7.10 pagi dan pulang pada jam 11.30 pagi.



Murid-murid perlu mengikuti Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah yang disenaraikan didalam surat siaran. Ibu bapa/Penjaga boleh muat turun surat siaran pada lampiran di bawah.

Segala kerjasama amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Wednesday 22 April 2020

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2020

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera
Seperti yang telah dimaklumkan, esok akan berlangsung program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2020.



Bermula jam 11.00 pagi, semua warga SK TAMAN RINTING 2 dijemput untuk menyertai program ini walau dimana pun anda berada. Pilihan buku adalah bebas dan sama-samalah kita luangkan masa sejenak untuk menelaah buku-buku yang ada.

Jangan lupa:
Muat naik gambar anda membaca bersama buku/e-buku di facebook/instagram anda.

Jangan lupa :
Sertakan tanda pagar,
#jombacabersama10minit2020
#bangsamembacabangsaberjaya
#malaysiamembaca
#AnakJohorBangsaMembaca
#SKTamanRinting2

*Kelas yang mendapat peratusan penyertaan tertinggi mengikut tahun akan mendapat hadiah istimewa daripada PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TAMAN RINTING 2 😍👏🏻
 (Mohon ibu bapa menghantar gambar membaca anak² di group whatsapp kelas masing2)