Berita Terkini

Friday 25 May 2012

Hari Terakhir Latihan Guru LPBS j-Qaf Pendidikan Khas - Cik Nani Suhaiza Binti Saidi Ahmad

Hari ini merupakan hari terakhir bagi seorang Guru LPBS j-Qaf Pendidikan Khas di sekolah ini iaitu Cik Nani Suhaiza Binti Saidi Ahmad. Sedikit majlis dan jamuan disediakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan yang diberikan. Beliau bukan sahaja terlibat dalam mengajar anak-anak istimewa, tetapi beliau banyak memberikan sumbangan dalam program sekolah dan juga persiapan sekolah dalam menghadapi Pencalonan SBT dan KLUSTER.

Pihak SKTR2 mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan sekiranya Cik Nani Suhaiza bakal ditempatkan di sekolah ini kelak.

Cuti Pertengahan Tahun 2012

Untuk Perhatian :

Ibu Bapa Penjaga Murid,
SK Taman Rinting 2,
Pasir Gudang.

Sekolah akan bercuti mulai 26hb Mei 2012 (Sabtu) hingga 10hb Jun 2012 (Ahad) dan dibuka semula pada 11hb Mei 2012. Walaubagaimanapun, murid tahun 6 akan mengikuti program yang dibuat. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat kerja rumah yang diberi oleh guru dan menjaga keselamatan mereka.

Sila rujuk lampiran dan muat turun untuk surat siaran.

" SELAMAT BERCUTI "


Wednesday 23 May 2012

Anugerah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang 2012

Tarikh : 22 Mei 2012
Tempat : SMKA Johor Bahru

Tahniah buat Bonda SKTR2 atas Anugerah Kepimpinan Aktif Kategori Guru Besar dan Tahniah untuk Anugerah Inovasi Berkumpulan, Pn Hajah Salmi Binti Musa dan Pn Norlilawati Binti Ya'akob.

Lawatan Bermodul Tahun 6 2012

Ibu bapa,
Murid Tahun 6, 2012.

Sukacita dimaklumkan bahawa unit tahun 6 pada tahun ini akan menganjurkan lawatan bermodul 2 hari 1 malam di Gunung Lambak, Kluang. Maklumat lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 - 29 Mei 2012
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Gunung Lambak, Kluang
Masa : 7.00 am (Isnin) - 1.30 pm (Selasa)
Bayaran : RM 50.00 seorang (bayaran bulan April)

Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahun 6 sebelum UPSR. Ia adalah bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dan memberikan ruang kepada murid-murid tahun 6 belajar di luar bilik darjah.

Lampiran surat siaran dan jadual tentatif program boleh di download pada link di bawah. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Tn Syed Ibrahim bin Syed Mustaffa di talian 012-7613958 atau En Ilham bin Ismail di talian 013-7170355.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 22 May 2012

Program Pembangunan Dan Pemantapan UPSR 2012

Untuk makluman pihak ibu bapa Tahun 6.

Muat turun lampiran untuk jadual program.

Friday 18 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Untuk Pengetahuan pihak tuan/puan/penjaga murid, pihak SKTR2 telah mengambil keputusan untuk meminda tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 yang sepatutnya bermula pada 8 Mei 2012 ke tarikh baru iaitu bermula pada 22 Mei 2012. Perubahan tarikh terpaksa dilakukan kerana untuk diselaraskan dengan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor.

2.      Bersama ini juga dilampirkan Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 untuk murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6.

3.      Murid-murid yang tidak hadir pada hari ujian dijalankan tidak dibenarkan untuk menduduki ujian/peperiksaan tersebut kecuali ada Surat Akuan Doktor.

4.      Diharap pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kejayaan dan kecemerlangan anak tuan/puan. Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Thursday 17 May 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh : 16 Mei 2012
Tempat : Dewan Sri Bayu, SKTR2

Sempena Hari Guru ini, sebuah majlis diadakan bagi meraikan guru-guru SKTR2. Aturcara majlis adalah seperti Persembahan Guru Berkumpulan, Penyampaian Hadiah dan Cenderamata, Pertukaran Hadiah dan juga Jamuan Makan. Dalam jamuan ini juga, pihak SKTR2 meraikan Perpisahan bekas Pembantu Am Pejabat iaitu Pn Hasimah Binti Ibrahim.

Tuesday 15 May 2012

Perutusan Hari Guru 2012

PERUTUSAN HARI GURU 2012
OLEH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA  


Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud


Klik Disini

Thursday 10 May 2012

Sukaneka Sempena Hari Guru 2012

Tarikh : 9 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dataran SKTR2

Sempena Hari Guru yang akan menyusul pada 16 Mei 2012 ini, pihak BKGK telah mengaturkan beberapa aktiviti bagi memeriahkan majlis tersebut.

Sukaneka adalah diantaranya dimana disertai juga oleh staf sokongan. Antara sukan yang dianjurkan adalah membawa bola menggunakan gelung, memasukkan air ke dalam botol menggunakan sudu, membaling gelung di dalam kon dan mengayam ketupat.

Gambar sepanjang sukaneka dijalankan.


Monday 7 May 2012

Guru Besar Baru - Pn Norlilawati Binti Mohamed

Salam..

Pihak SKTR2 mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru iaitu Pn Norlilawati Binti Mohamed dr SK Ulu Tiram ke sekolah ini. Diharap SKTR2 akan terus gemilang dibawah bimbingan Puan Guru Besar.

Sekian..