Berita Terkini

Wednesday 9 December 2015

Makluman : Pertukaran Nama Kelas Mulai Tahun 2016

Makluman Kepada Ibu Bapa / Murid,

Pertukaran nama kelas mulai tahun 2016 bersesuaian dengan Kelas Abad 21 :

KRITIS
KREATIF
INOVATIF
DINAMIK


Bangunan Akademik/Dewan - BLOK INTELEK
Bangunan Pentadbiran - BLOK INSPIRASI


Sunday 8 November 2015

Perginya Sebutir Permata

Al-Fatihah..
Kembalinya seorang guru SKTR2 ke rahmatullah, Tn Syed Ibrahim bin Syed Mustaffa. Beliau disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 12.30 pg tadi, 8 Nov 2015. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn...


Sunday 4 October 2015

Pengumuman Cuti Pada 5 dan 6 Oktober 2015 Berikutan Masalah Jerebu

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, sekolah akan DITUTUP pada 5 & 6 Oktober 2015 berikutan bacaan IPU Sangat Tidak Sihat. Rujuk kenyataan media mengenai isu ini. Terima kasih.


Makluman Latihan Rumah Sukan 2015




Monday 28 September 2015

Makluman Penutupan Sekolah Berikutan Masalah Jerebu

Untuk makluman ibubapa/penjaga, sekolah akan DITUTUP pada hari esok 29 September 2015 berikutan masalah jerebu.


Saturday 12 September 2015

Kejohanan Boling Piala PPD Pasir Gudang 2015

Berlangsung pada 11 September 2015, Jumaat di PG Bowl. Disertai oleh 13 buah pasukan yang terdiri daripada beberapa buah sekolah. Majlis dirasmikan dan disertai sepenuhnya oleh Tuan PPD Pasir Gudang, Tn Hj Jasni Bin Omar.

SKTR2 berjaya melakar kejayaan dan menyandang Juara Keseluruhan bagi kejohanan kali ini.
Tahniah diucapkan.


Tuesday 8 September 2015

UPSR 2015

UPSR Day 1..
Semoga anak-anak SKTR2 juga anak-anak UPSR di seluruh negara dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya melakar kejayaan yang cemerlang.


Wednesday 1 July 2015

Makluman Cuti Hari Raya Aidilfitri

Sekolah akan bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula pada 15 Julai 2015 (Rabu) hingga 21 Julai 2015 (Rabu).

Cuti sekolah pada 15 Julai 2015 (Rabu) perlu diganti pada 08 Ogos 2015 (Sabtu). Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang beragama Islam.

Permohonan Penempatan Murid Prasekolah Bagi Sesi Persekolahan 2016

Permohonan masuk ke prasekolah hanya diutamakan untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2010 dan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011 akan dipertimbangkan permohonannya jika terdapat kekosongan.

Borang permohonan boleh diambil di pejabat SKTR2 pada :

Tarikh : 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2015
Masa   : Waktu pejabat (8.00 pagi hingga 1.00 ptg dan 2.00 ptg hingga 4.00 ptg)

Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika menyerahkan kembali borang prasekolah adalah :

Tuesday 16 June 2015

Makluman Cuti Awal Ramadhan Dan Jadual Pembelajaran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2015

Untuk makluman pihak ibu bapa/penjaga murid SKTR2, sekolah akan bercuti sempena menyambut awal Ramadhan pada 18 Jun 2015 (Khamis) bersamaan 1 Ramadan 1437H. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2015 (Ahad).

Jadual pembelajaran sepanjang bulan Ramadhan adalah seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut, lampiran surat siaran dilampirkan dibawah. Surat siaran juga akan diedarkan kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Monday 30 March 2015

Program "JOM SARAPAN" Bersama Gardenia

Program Jom Sarapan Bersama Gardenia dirasmikan oleh Pn Hajah Rosyati Binti Jani, Guru Besar SK Taman Rinting 2. Slot yang dijalankan adalah penerangan pentingnya mengambil sarapan pagi dan pemakanan sihat oleh Pn Marliaa Binti Ngadiran dari Hospital Penawar Pasir Gudang.

Gambar sepanjang program berlangsung :

Tuesday 24 March 2015

Lawatan Pengantarabangsaan dari Anuban Nak Hon Panthom Primary School, Thailand

Pada hari ini, sekolah telah menerima lawatan pengantarabangsaan dari Anuban Nak Hon Panthom Primary School, Thailand. Seramai lebih kurang 25 orang yang hadir telah membuat lawatan dan perjanjian persefahaman antara 2 buah sekolah telah ditandatangani.

Berikut sedikit gambar sepanjang lawatan berlangsung.

Monday 2 February 2015

Makluman Cuti Thaipusam & Tahun Baru Cina 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sekolah akan bercuti pada ketetapan berikut :


Sunday 25 January 2015

Info : Takwim Persekolahan Tahun 2015

Takwim masih sama, yang berubah hanyalah tarikh bermula sekolah yang lepas, 11 Jan 2015.


Thursday 8 January 2015

Makluman Terkini : Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015

Dimaklumkan bahawa bantuan RM100 kepada murid-murid SK Taman Rinting 2 akan diserahkan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 09.01.2015
Hari: Jumaat
Masa: 10.15 pagi - 12.30 t/hari

Sekian, terima kasih.

Makluman Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015

Dimaklumkan bahawa bantuan RM100 kepada murid-murid SK Taman Rinting 2 akan diserahkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sekian, terima kasih.