Wednesday 1 July 2015

Permohonan Penempatan Murid Prasekolah Bagi Sesi Persekolahan 2016

Permohonan masuk ke prasekolah hanya diutamakan untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2010 dan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011 akan dipertimbangkan permohonannya jika terdapat kekosongan.

Borang permohonan boleh diambil di pejabat SKTR2 pada :

Tarikh : 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2015
Masa   : Waktu pejabat (8.00 pagi hingga 1.00 ptg dan 2.00 ptg hingga 4.00 ptg)

Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika menyerahkan kembali borang prasekolah adalah :


- salinan fotostat sijil lahir kanak-kanak
- salinan fotostat kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
- salinan fotostat slip gaji terkini
- bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik/bil air/dokumen lain)
- gambar kanak-kanak berukuran passport 3 keping
- sampul surat berukuran 25.5cm x 18cm beralamat sendiri serta bersetem

Surat siaran akan diedarkan kepada murid-murid sekolah. Surat siaran juga boleh didapati dengan memuaturun surat siaran dibawah.
Sekian, terima kasih.
_______________________________________________________________________________

Lampiran : Surat Siaran Prasekolah 2016