Sunday 15 December 2019

Keputusan Penempatan Murid Ke Tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas (KRK) Sesi Persekolahan 2020

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Untuk makluman, permohonan ke Tingkatan 1 di Kelas Rancangan Khas untuk sesi persekolahan tahun 2020 akan mula dibuka mulai 15 Disember 2019. Ibu bapa/ penjaga yang memohon boleh menyemak keputusan penempatan pada pautan yang disediakan mulai jam 8.00 pagi.

3.     Murid yang ditempatkan di KRK mesti membuat pengesahan di sekolah menengah yang ditempatkan mulai 15 hingga 19.12.2019. Murid yang tidak berjaya mendapat penempatan di kelas KRK boleh membuat rayuan di pautan yang sama.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

1. Pautan http://jpnjohor.moe.gov.my/krk/