Thursday 26 September 2019

Hari Keusahawanan Sekolah 2019

Untuk Makluman Ibu Bapa/Penjaga
Murid SK Taman Rinting 2

Hari Keusahawanan Sekolah ini merupakan program PIBG bersama pihak sekolah bertujuan mengisi dana PIBG. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Oktober 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : SKTR2
Kehadiran Murid : Seperti biasa 7.20 pagi dan pulang bersama ibubapa

Pembelian semasa program ini dijalankan adalah melalui kupon, dimana minimum pembelian kupon adalah RM20. Murid boleh membuat pembelian melalui guru kelas masing-masing. Kupon juga ada dijual semasa program berlangsung.