Thursday 26 September 2019

Hari Keusahawanan Sekolah 2019

Untuk Makluman Ibu Bapa/Penjaga
Murid SK Taman Rinting 2

Hari Keusahawanan Sekolah ini merupakan program PIBG bersama pihak sekolah bertujuan mengisi dana PIBG. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Oktober 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : SKTR2
Kehadiran Murid : Seperti biasa 7.20 pagi dan pulang bersama ibubapa

Pembelian semasa program ini dijalankan adalah melalui kupon, dimana minimum pembelian kupon adalah RM20. Murid boleh membuat pembelian melalui guru kelas masing-masing. Kupon juga ada dijual semasa program berlangsung.


Contoh Kupon

Sumbangan barangan kering juga akan dilaksanakan bermula 29 Oktober 2019 hingga 4 Oktober 2019. Jadi besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memberikan sumbangan seperti dilampiran.
Besarlah harapan kami agar pihak ibubapa/penjaga dapat memberikan sambutan kepada program yang akan diadakan. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk surat siaran dibawah.



SEMUA DIJEMPUT HADIR