Tuesday 17 June 2014

Peringatan Tentang Keselamatan Pelajar Pergi Dan Balik Sekolah

Pihak pentadbiran SKK SK Taman Rinting 2 amat menitikberatkan aspek keselamatan murid-murid apabila berada di sekolah.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu :

1. Jalan Keruing 10 (hadapan sekolah) adalah jalan sehala bagi waktu yang telah ditetapkan iaitu dari jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 12.30 tgh hari hingga 1.30 petang. Tuan/puan dilarang membuat pusingan 'U' atau menyongsang arus bagi menjamin keselamatan anak tuan/puan.


2. Menurun atau mengambil anak hanya di pagar D (belakang makmal komputer) dan di pagar E (belakang kantin) sahaja. Bagi ibu bapa yang menghantar anak dengan menunggang motosikal, pastikan anak jagaan tuan/puan memakai topi keledar.

3. Menghantar anak ke sekolah sebelum jam 7.10 pagi dan mengambil anak pada jam 12.50 tgh hari bagi Tahap 1 dan 1.20 petang bagi Tahap 2. Tuan/puan diminta untuk menguruskan kenderaan anak tuan/puan bagi mengelakkan mereka lewat pulang dari sekolah.

Sekian untuk makluman.

Lampiran : Surat Siaran Keselamatan Pelajar Pergi Dan Balik Sekolah