Thursday 8 August 2019

Cuti Umum Bulan September dan Cuti Bergilir Sempena Peperiksaan UPSR 2019

Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid SK Taman Rinting 2, berikut adalah jadual tentang cuti umum bulan September dan hari persekolahan sepanjang bulan September. UPSR 2019 akan diadakan pada 4 September 2019 hingga 11 September 2019.


Rujuk lampiran untuk surat siaran berkenaan cuti ini.
Sekian, terima kasih.

Monday 5 August 2019

Semakan Keputusan PraSekolah Sesi 2020

Semakan Keputusan PraSekolah Sesi 2020 boleh disemak secara online mulai 5 Ogos 2019.

Bagi permohonan yang berjaya, surat panggilan akan dipos ke pihak ibu bapa/penjaga.

Bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara online sistem sahaja dalam tempoh 2 minggu sebaik sahaja keputusan diumumkan. Keputusan juga boleh disemak secara online pada 10 September 2019.

Sekian, terima kasih.

Image result for prasekolah

Jom Kitar Semula

Untuk makluman, satu program anjuran Panitia Sains & RBT dengan kerjasama Lotte Chemical Titan sedang dijalankan iaitu JOM KITAR SEMULA. Program ini berlangsung pada 28 Julai 2019 hingga 12 September 2019 dimana kami menerima barangan kitar semula seperti kertas, e-waste, aluminium, besi & plastik dan anda akan dibayar 2 kali ganda!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Rozaimie di talian 018 360 4814.

Sekian, terima kasih.


Thursday 1 August 2019

Semakan Keputusan Tahun 1 Sesi 2020

Semakan Keputusan Tahun 1 Sesi 2020 boleh disemak secara online pada 1 Ogos 2019.

Ibu Bapa boleh ke sekolah untuk pengesahan pendaftaran dengan membawa Sijil Kelahiran asal. Pengesahan ini boleh dilakukan bermula 1 Ogos 2019 hingga 30 September 2019.

Bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara online sistem sahaja pada 1 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019. Keputusan juga boleh disemak secara online pada 1 Oktober 2019.