Sunday 13 July 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014

Peperiksaan UPSR pada tahun ini telah ditetapkan pada 9 hingga 11 September 2014.

Untuk makluman calon, ibu bapa dan guru-guru, jadual peperiksaan UPSR telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk lampiran bagi jadual waktu tersebut untuk panduan calon sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan.



Tuesday 8 July 2014

Makluman Senarai ID Yes 1Bestarinet Murid-Murid

Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga murid SK Taman Rinting 2.

Berikut dilampirkan senarai ID Yes 1Bestarinet murid-murid SKTR2 untuk rujukan pihak murid dan ibu bapa penjaga.

Log In Frog boleh dilakukan di laman http://jba1080.1bestarinet.net/ dengan memasukkan ID dan Password murid. Bagi yang masih tidak tahu atau lupa katalaluan, boleh hubungi pihak sekolah secara emel sahaja (U.P : Unit ICT) atau rujuk guru kelas masing-masing untuk mendapatkan katalaluan murid.


_________________________________________________________________________________