Tuesday 5 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 17

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 17 telah diadakan di Dewan Seri Bayu, SK Taman Rinting 2 pada 2 Mac 2013 yang lepas. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Hajah Fatimah Binti Ahmad, PPD Daerah Pasir Gudang dan En Rohaizad Bin Mohd Hanafiah sebagai Pemerhati.

Agenda mesyuarat telah berlangsung dengan lancar. Lantikan AJK baru juga telah dibina bagi Sesi 2013/2014. Ahli mesyuarat sebulat suara melantik En Sabaahul Ahmad Bin Alias sebagai YDP PIBG dan En Fadli Bin Abdullah sebagai Naib YDP PIBG yang baru. Senarai Organisasi PIBG yang lengkap akan disiarkan kemudian.


Gambar AJK PIBG Sesi 2013/2014 :


Gambar sepanjang majlis berlangsung disertakan seberapa di bawah. Untuk melihat gambar selebihnya sila layari FB SKTR2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini.
Sekian, terima kasih.