Tuesday 30 October 2012

Majlis Anugerah Cemerlang Pusat Sumber 2012

Majlis Anugerah Cemerlang Pusat Sumber Sekolah Tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis perasmian dan penutupan Program Kem Membaca 1 Malaysia dan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah juga dilaksanakan sekali. Majlis yang dimulakan awal pagi tadi berjalan dengan lancar dimana selain penyampaian hadiah dilaksanakan, persembahan daripada murid-murid SKTR2 juga dipersembahkan. Antara persembahannya adalah nyanyian solo, choral speaking, tarian & sajak.



Majlis penyampaian hadiah dilaksanakan oleh GPK Pentadbiran Pn Rohayah Binti Ismail, GPK HEM Pn Hjh Zaiton Binti Hassan, GPK Kokurikulum En Mohamed Fadzil Bin Selamat & GPK Pendidikan Khas En Mohd Nasir Bin Yahya. Antara anugerah yang disampaikan ialah Putera-Puteri Nilam, Tunas Nilam, Nilam Pendidikan Khas & Tokoh Nilam.

Selain itu, penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan baru-baru ini juga disampaikan. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Fun Reading, Resensi Buku, Pengunjung Terkerap Murid/Guru, Peminjam Buku Terbanyak, Bercerita Tahap 1, Nyanyian Tahap 1 & 2, Deklamasi Sajak Tahap 1 & 2, Pakaian Beragam Tahap 1 & 2, Kolum Tahun 5 dan Anugerah Kehadiran Terbaik.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.






*Untuk lebih lanjut, sila layari laman Facebook kami di SKTR2 FB...