Untuk makluman, satu program anjuran Panitia Sains & RBT dengan kerjasama Lotte Chemical Titan sedang dijalankan iaitu JOM KITAR SEMULA. Program ini berlangsung pada 28 Julai 2019 hingga 12 September 2019 dimana kami menerima barangan kitar semula seperti kertas, e-waste, aluminium, besi & plastik dan anda akan dibayar 2 kali ganda!
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Rozaimie di talian 018 360 4814.
Sekian, terima kasih.
Monday, 5 August 2019
Thursday, 1 August 2019
Semakan Keputusan Tahun 1 Sesi 2020
Semakan Keputusan Tahun 1 Sesi 2020 boleh disemak secara online pada 1 Ogos 2019.
Ibu Bapa boleh ke sekolah untuk pengesahan pendaftaran dengan membawa Sijil Kelahiran asal. Pengesahan ini boleh dilakukan bermula 1 Ogos 2019 hingga 30 September 2019.
Bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara online sistem sahaja pada 1 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019. Keputusan juga boleh disemak secara online pada 1 Oktober 2019.

Labels:
Info,
Penempatan
Wednesday, 19 June 2019
Makluman Hari Terbuka Sekolah

Dimakluman bahawa Hari Terbuka Sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 23 Jun 2019 (Ahad)
Masa : 9.20 pagi hingga 1.00 tengah hari
Murid yang terlibat : Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6
Kehadiran murid : Murid-murid perlu datang ke sekolah seperti biasa
Proses pembelajaran akan berlangsung seperti biasa dari pukul 7.20 pagi hingga 9.20 pagi. Murid-murid dibenarkan pulang bersama-sama ibu bapa atau penjaga selepas mendapatkan laporan akademik dan sahsiah dari guru kelas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran surat. Surat siaran akan diedarkan kepada murid-murid juga. Sekian, terima kasih.
Labels:
Hari Terbuka,
Info
Tuesday, 19 March 2019
MAKLUMAN SEKOLAH MASIH DITUTUP AKIBAT PENCEMARAN BAHAN KIMIA PADA 19 MAC 2019/AHAD SEHINGGA CUTI PENGGAL SEKOLAH
Kepada,
Semua ibubapa/penjaga
Murid SK Taman Rinting 2
Pada 19 Mac 2019/Selasa, sekolah masih ditutup sehingga cuti penggal pertama persekolahan yang berakhir pada 30 Mac 2019.
Tarikh cuti:
19. 3.19- 30.3.19
2. Oleh itu semua murid masih dicutikan dan semua aktiviti disekolah ditangguhkan buat sementara waktu.
3. Mohon kepada semua ibubapa/penjaga untuk memastikan keselamatan anak-anak semasa berada dirumah. Pastikan anak-anak tidak terdedah kepada tempat berisiko pencemaran sebagai langkah berjaga-jaga.
4. Pastikan anak-anak tidak bermain di tempat-tempat yang berisiko seperti mandi di sungai, parit-parit besar dan taman permainan tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa.
5. Diharap ibu bapa bersama membantu guru-guru membimbing anak-anak menyiapkan tugasan atau latihan yg diberi semasa cuti terutama murid thn 6.
Makluman info tentang sekolah akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui whatsapp @ telegram kelas.
Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 31.3.19 Ahad.
Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
PENTADBIRAN
SK Taman Rinting 2

Tuesday, 12 March 2019
Kelas Renang SKTR2
Assalammualaikum..
Pihak sekolah akan menubuhkan kelab renang bertempat di Pangsapuri Putri Ria, Kota Puteri. Terbuka kepada semua murid SKTR2 dan murid dari sekolah lain, tetapi terhad kepada 15 orang 1 sesi. Sesi 1 disyorkn kepada murid Tahap 1 dan sesi 2 untuk Tahap 2.
Murid mesti memakai pakaian renang yg bersesuaian.
Pengangkutan murid adalah bersama ibu bapa.
Utk pendaftaran dan bayaran boleh berhubung dgn Cikgu Zulkefli di talian 0148176136.

Tuesday, 5 March 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)