Tuesday 19 March 2019

MAKLUMAN SEKOLAH MASIH DITUTUP AKIBAT PENCEMARAN BAHAN KIMIA PADA 19 MAC 2019/AHAD SEHINGGA CUTI PENGGAL SEKOLAH

Kepada,
Semua ibubapa/penjaga
Murid SK Taman Rinting 2

Pada 19 Mac 2019/Selasa, sekolah masih ditutup sehingga  cuti penggal pertama persekolahan yang berakhir pada 30 Mac 2019.

Tarikh cuti:
 19. 3.19- 30.3.19

2.   Oleh itu semua murid masih dicutikan dan semua aktiviti disekolah ditangguhkan buat sementara waktu.

3.   Mohon kepada semua ibubapa/penjaga untuk memastikan keselamatan anak-anak semasa berada dirumah. Pastikan anak-anak tidak terdedah kepada tempat berisiko pencemaran sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Pastikan anak-anak tidak bermain di tempat-tempat yang berisiko seperti mandi di sungai, parit-parit besar dan taman permainan tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa.

5.  Diharap ibu bapa bersama membantu guru-guru  membimbing anak-anak menyiapkan tugasan atau latihan yg diberi semasa cuti terutama murid thn 6.

Makluman  info tentang  sekolah akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui whatsapp @ telegram kelas.

Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 31.3.19 Ahad.

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

PENTADBIRAN
SK Taman Rinting 2