Sunday 6 August 2017

Semakan & Rayuan Penempatan Prasekolah Sesi 2018

MAKLUMAN 




Permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM 2018 boleh disemak dan boleh membuat rayuan (jika tidak berjaya) mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2017.

Bagi permohonan online, ibu bapa boleh menyemak keputusan dan mencetak surat melalui Login E-Prasekolah di url https://eprasekolah.moe.gov.my/. Jika tlupa kata laluan, sila ikut panduan seperti dibawah ;
a) klik lupa kata laluan
b) masukkan maklumat no mykad pemohon dan alamat email yang digunakan semasa mendaftar
c) jawab soalan keselamatan
d) kata laluan akan di paparkan
(JIKA TERLUPA SEMUA MAKLUMAT DAN SOALAN KESELAMATAN . MOHON HANTAR ADUAN KE EMAIL eprasekolah@moe.gov.my dan admin akan menghantar kata laluan yang digunakan ke alamat email yg didaftarkan)

Bagi permohonan secara manual, ibu bapa boleh menyemak dan mencetak surat di sekolah. Urusan adalah didalam waktu pejabat.

Waktu urusan adalah setiap hari persekolahan dalam waktu pejabat ;
8.00 pg - 4.00 ptg (Ahad - Rabu)
8.00 pg - 3.00 ptg (Khamis)

Bagi rayuan permohonan manual : Melalui login SMPK sekolah - pemohon hadir ke sekolah dan guru/ppm/ kerani akan klik rayuan (jika mohon rayuan).

Penempatan rayuan akan diuruskan oleh Jawatankuasa Rayuan di PPD

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 10 Sept 2017 (tertakluk kepada pindaan)