Wednesday, 6 August 2014

Makluman : Dialog Kecemerlangan UPSR 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Majlis tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 8.00pg - 10.30pg
Tempat : Bilik Darjah masing-masing
Objektif : Perbincangan ibubapa bersama guru matapelajaran

Sila muatturun surat pada lampiran di bawah untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.
_____________________________________________________

Sunday, 13 July 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014

Peperiksaan UPSR pada tahun ini telah ditetapkan pada 9 hingga 11 September 2014.

Untuk makluman calon, ibu bapa dan guru-guru, jadual peperiksaan UPSR telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk lampiran bagi jadual waktu tersebut untuk panduan calon sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan.



Tuesday, 8 July 2014

Makluman Senarai ID Yes 1Bestarinet Murid-Murid

Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga murid SK Taman Rinting 2.

Berikut dilampirkan senarai ID Yes 1Bestarinet murid-murid SKTR2 untuk rujukan pihak murid dan ibu bapa penjaga.

Log In Frog boleh dilakukan di laman http://jba1080.1bestarinet.net/ dengan memasukkan ID dan Password murid. Bagi yang masih tidak tahu atau lupa katalaluan, boleh hubungi pihak sekolah secara emel sahaja (U.P : Unit ICT) atau rujuk guru kelas masing-masing untuk mendapatkan katalaluan murid.


_________________________________________________________________________________

Tuesday, 17 June 2014

Peringatan Tentang Keselamatan Pelajar Pergi Dan Balik Sekolah

Pihak pentadbiran SKK SK Taman Rinting 2 amat menitikberatkan aspek keselamatan murid-murid apabila berada di sekolah.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan tentang beberapa perkara iaitu :

1. Jalan Keruing 10 (hadapan sekolah) adalah jalan sehala bagi waktu yang telah ditetapkan iaitu dari jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 12.30 tgh hari hingga 1.30 petang. Tuan/puan dilarang membuat pusingan 'U' atau menyongsang arus bagi menjamin keselamatan anak tuan/puan.

Hari Dialog Prestasi (Hari Terbuka) Tahun 2014

Dimaklumkan bahawa pentadbiran SKK SK Taman Rinting 2 akan mengadakan Hari Dialog Prestasi 2014 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2014
Hari    : Sabtu
Masa  : 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Bilik Darjah
Pakaian : Uniform Sekolah

Sunday, 15 June 2014

Thursday, 29 May 2014

Lawatan Penanda Aras SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru

Sekolah telah menerima lawatan penandaaras dari SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru.