Sunday, 15 December 2019

Keputusan Penempatan Murid Ke Tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas (KRK) Sesi Persekolahan 2020

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Untuk makluman, permohonan ke Tingkatan 1 di Kelas Rancangan Khas untuk sesi persekolahan tahun 2020 akan mula dibuka mulai 15 Disember 2019. Ibu bapa/ penjaga yang memohon boleh menyemak keputusan penempatan pada pautan yang disediakan mulai jam 8.00 pagi.

3.     Murid yang ditempatkan di KRK mesti membuat pengesahan di sekolah menengah yang ditempatkan mulai 15 hingga 19.12.2019. Murid yang tidak berjaya mendapat penempatan di kelas KRK boleh membuat rayuan di pautan yang sama.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

1. Pautan http://jpnjohor.moe.gov.my/krk/




Thursday, 26 September 2019

Hari Keusahawanan Sekolah 2019

Untuk Makluman Ibu Bapa/Penjaga
Murid SK Taman Rinting 2

Hari Keusahawanan Sekolah ini merupakan program PIBG bersama pihak sekolah bertujuan mengisi dana PIBG. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Oktober 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : SKTR2
Kehadiran Murid : Seperti biasa 7.20 pagi dan pulang bersama ibubapa

Pembelian semasa program ini dijalankan adalah melalui kupon, dimana minimum pembelian kupon adalah RM20. Murid boleh membuat pembelian melalui guru kelas masing-masing. Kupon juga ada dijual semasa program berlangsung.

Thursday, 8 August 2019

Cuti Umum Bulan September dan Cuti Bergilir Sempena Peperiksaan UPSR 2019

Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid SK Taman Rinting 2, berikut adalah jadual tentang cuti umum bulan September dan hari persekolahan sepanjang bulan September. UPSR 2019 akan diadakan pada 4 September 2019 hingga 11 September 2019.


Rujuk lampiran untuk surat siaran berkenaan cuti ini.
Sekian, terima kasih.

Monday, 5 August 2019

Semakan Keputusan PraSekolah Sesi 2020

Semakan Keputusan PraSekolah Sesi 2020 boleh disemak secara online mulai 5 Ogos 2019.

Bagi permohonan yang berjaya, surat panggilan akan dipos ke pihak ibu bapa/penjaga.

Bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara online sistem sahaja dalam tempoh 2 minggu sebaik sahaja keputusan diumumkan. Keputusan juga boleh disemak secara online pada 10 September 2019.

Sekian, terima kasih.

Image result for prasekolah

Jom Kitar Semula

Untuk makluman, satu program anjuran Panitia Sains & RBT dengan kerjasama Lotte Chemical Titan sedang dijalankan iaitu JOM KITAR SEMULA. Program ini berlangsung pada 28 Julai 2019 hingga 12 September 2019 dimana kami menerima barangan kitar semula seperti kertas, e-waste, aluminium, besi & plastik dan anda akan dibayar 2 kali ganda!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Rozaimie di talian 018 360 4814.

Sekian, terima kasih.


Thursday, 1 August 2019

Semakan Keputusan Tahun 1 Sesi 2020

Semakan Keputusan Tahun 1 Sesi 2020 boleh disemak secara online pada 1 Ogos 2019.

Ibu Bapa boleh ke sekolah untuk pengesahan pendaftaran dengan membawa Sijil Kelahiran asal. Pengesahan ini boleh dilakukan bermula 1 Ogos 2019 hingga 30 September 2019.

Bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara online sistem sahaja pada 1 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019. Keputusan juga boleh disemak secara online pada 1 Oktober 2019.


Wednesday, 19 June 2019

Makluman Hari Terbuka Sekolah




Dimakluman bahawa Hari Terbuka Sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 23 Jun 2019 (Ahad)
Masa : 9.20 pagi hingga 1.00 tengah hari
Murid yang terlibat : Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6
Kehadiran murid : Murid-murid perlu datang ke sekolah seperti biasa


Proses pembelajaran akan berlangsung seperti biasa dari pukul 7.20 pagi hingga 9.20 pagi. Murid-murid dibenarkan pulang bersama-sama ibu bapa atau penjaga selepas mendapatkan laporan akademik dan sahsiah dari guru kelas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran surat. Surat siaran akan diedarkan kepada murid-murid juga. Sekian, terima kasih.