Saturday, 12 September 2015

Kejohanan Boling Piala PPD Pasir Gudang 2015

Berlangsung pada 11 September 2015, Jumaat di PG Bowl. Disertai oleh 13 buah pasukan yang terdiri daripada beberapa buah sekolah. Majlis dirasmikan dan disertai sepenuhnya oleh Tuan PPD Pasir Gudang, Tn Hj Jasni Bin Omar.

SKTR2 berjaya melakar kejayaan dan menyandang Juara Keseluruhan bagi kejohanan kali ini.
Tahniah diucapkan.


Tuesday, 8 September 2015

UPSR 2015

UPSR Day 1..
Semoga anak-anak SKTR2 juga anak-anak UPSR di seluruh negara dapat menjawab soalan dengan baik seterusnya melakar kejayaan yang cemerlang.


Wednesday, 1 July 2015

Makluman Cuti Hari Raya Aidilfitri

Sekolah akan bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula pada 15 Julai 2015 (Rabu) hingga 21 Julai 2015 (Rabu).

Cuti sekolah pada 15 Julai 2015 (Rabu) perlu diganti pada 08 Ogos 2015 (Sabtu). Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang beragama Islam.

Permohonan Penempatan Murid Prasekolah Bagi Sesi Persekolahan 2016

Permohonan masuk ke prasekolah hanya diutamakan untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2010 dan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011 akan dipertimbangkan permohonannya jika terdapat kekosongan.

Borang permohonan boleh diambil di pejabat SKTR2 pada :

Tarikh : 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2015
Masa   : Waktu pejabat (8.00 pagi hingga 1.00 ptg dan 2.00 ptg hingga 4.00 ptg)

Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika menyerahkan kembali borang prasekolah adalah :