Wednesday, 1 July 2015

Makluman Cuti Hari Raya Aidilfitri

Sekolah akan bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula pada 15 Julai 2015 (Rabu) hingga 21 Julai 2015 (Rabu).

Cuti sekolah pada 15 Julai 2015 (Rabu) perlu diganti pada 08 Ogos 2015 (Sabtu). Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang beragama Islam.

Permohonan Penempatan Murid Prasekolah Bagi Sesi Persekolahan 2016

Permohonan masuk ke prasekolah hanya diutamakan untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2010 dan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011 akan dipertimbangkan permohonannya jika terdapat kekosongan.

Borang permohonan boleh diambil di pejabat SKTR2 pada :

Tarikh : 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2015
Masa   : Waktu pejabat (8.00 pagi hingga 1.00 ptg dan 2.00 ptg hingga 4.00 ptg)

Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika menyerahkan kembali borang prasekolah adalah :

Tuesday, 16 June 2015

Makluman Cuti Awal Ramadhan Dan Jadual Pembelajaran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2015

Untuk makluman pihak ibu bapa/penjaga murid SKTR2, sekolah akan bercuti sempena menyambut awal Ramadhan pada 18 Jun 2015 (Khamis) bersamaan 1 Ramadan 1437H. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2015 (Ahad).

Jadual pembelajaran sepanjang bulan Ramadhan adalah seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut, lampiran surat siaran dilampirkan dibawah. Surat siaran juga akan diedarkan kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Monday, 30 March 2015

Program "JOM SARAPAN" Bersama Gardenia

Program Jom Sarapan Bersama Gardenia dirasmikan oleh Pn Hajah Rosyati Binti Jani, Guru Besar SK Taman Rinting 2. Slot yang dijalankan adalah penerangan pentingnya mengambil sarapan pagi dan pemakanan sihat oleh Pn Marliaa Binti Ngadiran dari Hospital Penawar Pasir Gudang.

Gambar sepanjang program berlangsung :

Tuesday, 24 March 2015

Lawatan Pengantarabangsaan dari Anuban Nak Hon Panthom Primary School, Thailand

Pada hari ini, sekolah telah menerima lawatan pengantarabangsaan dari Anuban Nak Hon Panthom Primary School, Thailand. Seramai lebih kurang 25 orang yang hadir telah membuat lawatan dan perjanjian persefahaman antara 2 buah sekolah telah ditandatangani.

Berikut sedikit gambar sepanjang lawatan berlangsung.

Monday, 2 February 2015

Makluman Cuti Thaipusam & Tahun Baru Cina 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sekolah akan bercuti pada ketetapan berikut :