Friday, 18 April 2014

Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar (Bai'ah) Tahun 2013

SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang telah mendapat Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar Bagi Tahun 2013 dan ini merupakan Anugerah untuk kali keempat berturut-turut.

Pihak SKTR2 mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menaikkan kecemerlangan sekolah ini.

Tuesday, 8 April 2014

Makluman : Sekolah Ganti Sempena Cuti Hari Deepavali Tahun 2014

Untuk makluman pihak tuan, Cuti Hari Deepavali bagi tahun 2014 ialah pada 22 Oktober 2014. Mengikut pindaan lampiran Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 24 Tahun 2013, murid-murid akan bersekolah ganti seperti ketetapan berikut :


Sila muat turun surat dibawah untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, 19 March 2014

Makluman : Cuti Persekolahan Pertengahan Penggal Pertama

Untuk pengetahuan pihak ibu/bapa/penjaga murid SK Taman Rinting 2, dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 21 Mac 2014 (Jumaat) hingga 29 Mac 2014 (Sabtu). Sekolah akan dibuka semula pada 30 Mac 2014 (Ahad).



Tuesday, 18 March 2014

Lawatan Penanda Aras Siswa Guru IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Siswa guru PISMP BM dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah datang membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini pada 18 Mac 2014, Selasa. Seramai 25 orang siswa guru dan seorang pensyarah terlibat dalam lawatan ini.



Sunday, 2 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 18

Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung di Dewan Sri Bayu, SKK SKTR2 pada 1 Mac 2014.


Wednesday, 19 February 2014

Lawatan 'Benchmarking' Siswa Guru PISMP TESL IPGKTI

Lawatan 'Benchmarking' oleh Pensyarah dan Siswa Guru PISMP TESL dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru sempena Program Bina Insan Guru Fasa 5/2014.


Tuesday, 18 February 2014

Pra Pemantauan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2014 Oleh KPM & JPNJ

Pra Pemantauan untuk Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2014 telah berlangsung dan. Pra Pemantauan ini dilaksanakan oleh pihak KPM & JPNJ.