Monday, 21 January 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013

Satu  Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 telah dijalankan di dewan SKTR2. Majlis disempurnakan oleh Datuk M.M Samy (ADUN PERMAS). 


Thursday, 17 January 2013

Pemantauan Anugerah Tawaran Baru Bai'ah 2012

Pemantauan telah dijalankan oleh 3 orang nazir. Semua kriteria yang diperlukan telah disediakan oleh guru-guru & staf SKTR2 dengan jayanya.

Semoga SKTR2 memperoleh kejayaan.

Tuesday, 15 January 2013

Koko Krunch!

Hari ini merupakan rezeki buat warga SKTR2 kerana pihak Koko Krunch telah berbesar hati untuk memberi koko krunch percuma untuk setiap warga SKTR2.

Terima kasih diucapkan.


Sunday, 30 December 2012

Hari Pendaftaran & Taklimat Ibu bapaTahun 1 2013

Pada 29 Dis 2012, Hari Pendaftaran & Taklimat Ibu bapaTahun 1 2013 telah berlangsung dengan lancarnya. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam majlis ini.

Monday, 19 November 2012

Keputusan Penuh UPSR SKTR2 2012

PERATUS KELULUSAN MENGIKUT SUBJEK :

- BM Kefahaman : 98.8%
- BM Penulisan : 96.39%
- B. Inggeris : 92.77%
- Matematik : 97.59%
- Sains : 91.57%

PERATUS KELULUSAN KESELURUHAN : 89.2%

GRED PURATA SEKOLAH : 1.67

JUMLAH CALON MENDAPAT 5A : 25 orang

SKTR 2 menduduki TEMPAT PERTAMA Daerah Pasir Gudang dan TEMPAT KETIGA Pencapaian Kecemerlangan Sekolah Kategori Bilangan Calon 81-120 SK Negeri Johor.





TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada seluruh warga SKTR2 dan juga pihak ibu bapa yang sentiasa menyokong dalam pencapaian cemerlang anak-anak kita.





Sekian, terima kasih.

Friday, 9 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang & Majlis Graduasi UPSR 2012

Majlis Anugerah Cemerlang dilaksanakan bagi memberikan penghargaan kepada murid-murid cemerlang tahun ini. Majlis berlangsung dengan lancar.

Majlis graduasi UPSR bagi murid-murid tahun 6 juga dilaksanakan memandangkan hari ini merupakan hari terakhir mereka di sekolah ini. Tahniah diucapkan.

Thursday, 8 November 2012

Road Safety Programme

Dengan kerjasama MMHE & Petro Sains, program ini dijalankan di Dewan SKTR2. Program berjalan dengan lancar dimana pelbagai aktiviti dijalankan. Pihak MMHE & Petro Sains juga menyediakan hadiah & cenderahati. Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat.