Ibu bapa,
Murid Tahun 6, 2012.
Sukacita dimaklumkan bahawa unit tahun 6 pada tahun ini akan menganjurkan lawatan bermodul 2 hari 1 malam di Gunung Lambak, Kluang. Maklumat lawatan adalah seperti berikut :
Tarikh : 28 - 29 Mei 2012
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Gunung Lambak, Kluang
Masa : 7.00 am (Isnin) - 1.30 pm (Selasa)
Bayaran : RM 50.00 seorang (bayaran bulan April)
Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahun 6 sebelum UPSR. Ia adalah bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dan memberikan ruang kepada murid-murid tahun 6 belajar di luar bilik darjah.
Lampiran surat siaran dan jadual tentatif program boleh di download pada link di bawah. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Tn Syed Ibrahim bin Syed Mustaffa di talian 012-7613958 atau En Ilham bin Ismail di talian 013-7170355.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, 23 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
Program Pembangunan Dan Pemantapan UPSR 2012
Untuk makluman pihak ibu bapa Tahun 6.
Muat turun lampiran untuk jadual program.
Muat turun lampiran untuk jadual program.
Labels:
Program
Friday, 18 May 2012
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Untuk Pengetahuan pihak tuan/puan/penjaga murid, pihak SKTR2 telah mengambil keputusan untuk meminda tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 yang sepatutnya bermula pada 8 Mei 2012 ke tarikh baru iaitu bermula pada 22 Mei 2012. Perubahan tarikh terpaksa dilakukan kerana untuk diselaraskan dengan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor.
2. Bersama ini juga dilampirkan Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 untuk murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6.
3. Murid-murid yang tidak hadir pada hari ujian dijalankan tidak dibenarkan untuk menduduki ujian/peperiksaan tersebut kecuali ada Surat Akuan Doktor.
4. Diharap pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kejayaan dan kecemerlangan anak tuan/puan. Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Peperiksaan
Thursday, 17 May 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Tarikh : 16 Mei 2012
Tempat : Dewan Sri Bayu, SKTR2
Sempena Hari Guru ini, sebuah majlis diadakan bagi meraikan guru-guru SKTR2. Aturcara majlis adalah seperti Persembahan Guru Berkumpulan, Penyampaian Hadiah dan Cenderamata, Pertukaran Hadiah dan juga Jamuan Makan. Dalam jamuan ini juga, pihak SKTR2 meraikan Perpisahan bekas Pembantu Am Pejabat iaitu Pn Hasimah Binti Ibrahim.

Majlis
Tuesday, 15 May 2012
Perutusan Hari Guru 2012
PERUTUSAN HARI GURU 2012
OLEH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud
Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud
Klik Disini
Labels:
Info
Thursday, 10 May 2012
Sukaneka Sempena Hari Guru 2012
Tarikh : 9 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dataran SKTR2
Sempena Hari Guru yang akan menyusul pada 16 Mei 2012 ini, pihak BKGK telah mengaturkan beberapa aktiviti bagi memeriahkan majlis tersebut.
Sukaneka adalah diantaranya dimana disertai juga oleh staf sokongan. Antara sukan yang dianjurkan adalah membawa bola menggunakan gelung, memasukkan air ke dalam botol menggunakan sudu, membaling gelung di dalam kon dan mengayam ketupat.
Gambar sepanjang sukaneka dijalankan.

Sukan
Monday, 7 May 2012
Guru Besar Baru - Pn Norlilawati Binti Mohamed
Salam..
Pihak SKTR2 mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru iaitu Pn Norlilawati Binti Mohamed dr SK Ulu Tiram ke sekolah ini. Diharap SKTR2 akan terus gemilang dibawah bimbingan Puan Guru Besar.
Sekian..

Subscribe to:
Posts (Atom)