Selamat bercuti & Selamat Tahun Baru Cina
Thursday, 27 January 2022
Monday, 8 November 2021
Hari Pertama Persekolahan Tahap 1 (Fasa 4 PPN)
Program Guru Penyayang
Menyambut Kehadiran Murid Tahap 1 Ke Sekolah Pada Hari Pertama Persekolahan. (Fasa 4 PPN)
Thursday, 5 August 2021
e-Semakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun 2021
🔊 MAKLUMAN
e-Semakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun 2021
Untuk makluman semua ibubapa/penjaga murid SK Taman Rinting 2.
Berikutan situasi pandemik sekarang, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pelaporan semakan secara atas talian.
Semakan pelaporan PBD murid-murid boleh disemak melalui link di bawah ;
https://bit.ly/SemakanPBDSKTR2
Slip pelaporan PBD boleh disimpan dan juga dicetak oleh ibubapa/penjaga. Sebarang permasalahan, boleh rujuk pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
GURU BESAR
SK Taman Rinting 2
🔖 NOTAKAKI :
Bagi e-Semakan PBD Murid Tahun 6
Diminta ibubapa/penjaga masukkan no mykid anak masing-masing tanpa nombor 0 dihadapan.
(contoh : 092409015598, sila masukkan 92409015598)
Harap maklum.
Sunday, 1 August 2021
Semakan Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM
Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut :
TINDAKAN IBU BAPA
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
PERMOHONAN RAYUAN
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
TERLUPA KATA LALUAN
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
- Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
- Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
MAKLUMAT LANJUT
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan ini.