Tuesday 18 September 2012

Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun SR 2012

Untuk makluman, perkara diatas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, telah ditetapkan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun adalah seperti dibawah :

Tarikh : 16 hb - 19hb Oktober 2012

Jadual penuh peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Harap maklum.

Sumber : PPD Pasir Gudang

Tuesday 11 September 2012

Selamat Menduduki UPSR 2012

Bermulanya hari ini, 11 September 2012, murid-murid akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Doa pelbagai pihak mengiringi kalian. Aminn..


Friday 7 September 2012

Program Marhaban PPKI (BP) 2012

Program Marhaban PPKI (BP) telah dilaksanakan selama 4 hari iaitu dari 4 - 7 Sept 2012. Program berjalan dengan lancar dimana pihak PPKI (BP) SKTR2 juga telah menyediakan sedikit cenderamata kenang-kenangan untuk pihak tuan rumah. Sumbangan/derma juga telah diberikan kepada adik Harith bagi sakit yang dihidapinya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Pihak PPKI (BP) SKTR2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.